Aku menggambarkan cita-cita,
kerna ingin menukilkan sejarah,
Dengan pena yang mekar ditangan,
Aku ingin terus melakar.
Disebalik samaran dunia,
Tersimpan satu hikmah istimewa,
Kerana watak dunia,
Yang berbagai rencana dan peristiwa.
Lantas aku ceriakan suasana,
Agar ia sentiasa bersama,
Dalam aku mewarnai,
Kemuliaan cinta,
Yang bakal aku mulai dengan cita.
Manusia seringkali ketandusan,
Kerana menilai pada yang sementara,
Pada fatamorgana,
Mereka mencampakkan cinta,
Ke dasar jurang Mariana,
Meletakkan kehinaan pada takhta kemuliaan,
Kemudian merentap dengan penuh zalim,
Membekaskan sisa-sisa mungkar pada jambatan keadilan
Regards,
S. Mizan Saidin
Cita Cintaku
Majulah Ikhwah Untuk dakwah
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com