Sewaktu berita dikhabarkan
Rasa cinta berbaur gentar
Muncul resah berpalit gembira
Cerita sahabat yang telah ke sana
Dikhabarkan mereka yang senang bercerita
Untuk bersama menumpang gembira
Dalam pada melihat
Muncul rasa mahu merasa nikmat
Tetapan masa hanya mengira
Pulangkan dunia pada Pencipta
Pulangkan kembali pada Dia
Kembalikan apa yang milikNya
Rasa dan jiwa
Jasad mahupun firasat
Puncakkan pundak pada tanah hina
Gelombang makin terasa
Pada mentari yang semakin tua
Pada bumi yang semakin berusia
Sang Bulan kan menyahut gembira
Satu hari bakal tiba
Satu hari akan tiba
Sahutan manusia yang tenggelam
Di bayangan alam yang gempita
Kerna tercalon pada zaman gila
Diari kehidupan tamatnya kematian
Kiamat diri, kiamat segalanya
Punca diri, punah segalanya.
Smizan Saidin
Hingga Hujung Nyawa
Alfatah_mujahid06@yahoo.com.my
http://www.ikhsaninsan.blogspot.com