5 Ogo 2008

Coretan tentang Belum

Alhamdullillah

sempat juga saya mencoret sesuatu tentang Belum. Bukan kerana kesibukan tetapi kerana memikirkan istilah yang paling cantik untuk mengiringi keindahan Hutan Belum.

Lebih satu jam perjalanan untuk kami sampai di kawasan perkhemahan ( kawasan tersebut telah disediakan beberapa pondok dan dilengkapi tandas). Pemandangan luar biasa indah dan mempersona.

Hanya beberapa ketika, kesibukan Kota Raya terluput dari fikiran. Kawasan hijau berbukit bukau, penuh bunyi dan kadangkala sunyi. Tak tergambar pada bayangan manusia kota.

Lagi indah bila kurang 100 meter dari situ, mengalir air sungai dari jeram dihulu, seperti senario yang digambarkan kebanyakan filem.

Motif ekspedisi dikategorikan sebagai kurang berjaya. Sampel yang dikehendaki menghasilkan keputusan negatif.
Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), dan lisan (dakwah).
-Sayyid Abul 'Ala al Maududi-